BANDAR BAHARU – Program berbuka puasa perdana bagi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diteruskan dengan kali ini Zon 9, Bandar Baharu menjadi lokasi seterusnya.
Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu ini dengan kerjasama Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sungai Tengas dan Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Tengas telah mengadakan Majlis Iftar Perdana Peringkat Desa-Desa KEDA Zon 9, Bandar Baharu.
Majlis ini mendapat kerjasama erat penduduk desa KEDA dan sekitarnya dengan menerima kehadiran hampir 200 orang tetamu dan telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK), Puan Yusnida binti Yusoff dan Encik Nasri bin Ahmad Shukri, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 9, Bandar Baharu, Encik Muhammad Noorhisham bin Taib.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran staf KEDA dari Bahagian Pembangunan Komuniti, Unit Komunikasi Korporat dan Pejabat KEDA Zon 9 sendiri.
Sebelum berbuka, turut dijalankan sesi penyerahan bantuan kepada penduduk desa KEDA melibatkan 10 orang penerima dari Desa KEDA Sungai Tengas, 10 orang penerima Desa KEDA Sungai Buluh dan 5 penerima yang dicadangkan jawatankuasa masjid.
Majlis diakhiri solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dan moreh. Inilah antara tradisi KEDA yang bermatlamatkan mengeratkan silaturahim disamping hebahan operasi agensi ini.
Sesungguhnya, pembangunan kerohanian dan modal insan yang melibatkan aktiviti keagamaan adalah fokus utama KEDA. Ini kerana dengan tingkatnya penghayatan agama, model komuniti sejahtera dapat dibentuk dengan lebih mudah.
MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 5, BALING DI MASJID ULU LEGONG
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGIMARAHAN RAMADAN TAHUN 2024 DI DESA KEDA BANGGOL PETAI, BALING
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS BERBUKA PUASA DESA KEDA SUNGAI SALLEH DI MASJID AT-TAUFIK, SERDANG
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ZON 4, SIK DI MASJID NURUL IMAN, GULAU
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DI DESA KEDA ULU BAKAI, BALING
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS IFTAR PERDANA DESA-DESA KEDA ZON 6, KULIM
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM PENGIMARAHAN RAMADAN DAN IFTAR JAMAIE TSR SUNGAI TOH PAWANG
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA TERUSKAN PEMERKASAAN MODAL INSAN MELALUI GURU-GURU AGAMA DESA KEDA
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEPIMPINAN DESA KEDA ZON 6, KULIM DIBERI KESEDARAN BEBAS DADAH
/in Arkib 2024 /by Upload@keda