perpstakaan

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA HADIR KE KEDA

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima kunjungan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Kompleks Ibu Pejabat KEDA.
Kehadiran agensi ini adalah bersempena Lawatan dan Sesi Libat Urus PNM ke Perpustakaan KEDA.
Pegawai PNM yang hadir adalah Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan Perpustakaan, Puan Nor Azlina binti Ab Ghani dan Puan Aida binti Aripin.
Hadir mewakili KEDA adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Encik Muhammad Nasir bin Abdullah.
PNM bertanggungjawab ke atas perkembangan dan pembangunan perpustakaan di Malaysia dengan menyelaras pengumpulan, pemantauan, penghantaran dan penerimaan data statistik tahunan data perpustakaan.
Terima kasih PNM atas kesudian mengunjungi Perpustakaan KEDA dan memberi khidmat nasihat dalam memperkasa perpustakaan agensi.
49

AKRAB KEDA SERTAI KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN AKRAB KKDW

PUTRAJAYA – 3 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang merupakan ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) agensi ini iaitu Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Puan Hajah Rosimah binti Darus dan Puan Amirah binti Adimat telah menyertai Kursus Pengurusan Kewangan AKRAB Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini.
Kursus yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KKDW ini telah berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh 30 ahli AKRAB dari agensi-agensi dibawah KKDW.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah dilantik sebagai pengendali kursus kali ini dan memfokuskan kepada hal ehwal pengurusan kewangan peribadi.
Antara topik-topik yang dibincangkan adalah berkaitan perancangan kewangan, pengurusan aliran tunai, penipuan kewangan dan sebagainya.
Turut disertakan dalam kursus ini adalah beberapa siri Latihan dalam Kumpulan termasuk pembentangan topik-topik terpilih untuk melihat pemahaman peserta terhadap perkongsian maklumat yang telah diberikan.
Terima kasih AKRAB KKDW dan AKPK atas perkongsian info yang cukup bermanfaat. Semoga ilmu ini dapat disampaikan agar pengurusan kewangan peribadi staf KEDA dipertingkatkan.
43

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT DESA KEDA SEMELIANG

PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap telah berjaya menganjurkan ceramah agama sempena Peristiwa Israk dan Mikraj 1445H bertempat di Desa KEDA Semeliang, di sini.
Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting bagi umat islam yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya. Peristiwa di mana mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke Sidratu Muntaha untuk bertemu Allah SWT.
Ceramah bertajuk “Perjalanan Rasulullah SAW” ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Sharil menarik perhatian penduduk yang hadir.
Dalam ceramahnya, Al Fadhil Ustaz menekankan betapa pentingnya kekuatan iman dalam mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj yang berlawanan dengan akal manusia yang waras.
Beliau menceritakan beberapa kisah di dalam Al-Quran yang perlu diketahui seperti kewujudan Nabi Adam dan Siti Hawa.
Besar harapan KEDA agar majlis ilmu yang diadakan ini dapat memberi manfaat dan contoh yang baik untuk panduan semua.
47

DESA KEDA ULU LEGONG, BATU 8 DAN ULU BAKAI RASAI SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

BALING – Sambutan Israk dan Mikraj di Desa KEDA Ulu Legong, Desa KEDA BATU 8, dan Desa KEDA Ulu Bakai meriah dengan semangat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung dalam menjayakan program itu.
3 Desa KEDA itu berjaya meraikan sambutan Israk dan Mikraj dengan kerjasama Pejabat KEDA Zon 5, Baling melalui aktiviti gotong royong dan ceramah agama Israk dan Mikraj.
Pada sebelah siang penduduk kampung bekerjasama melakukan gotong-royong membersih kawasan kampung dan surau.
Aktiviti gotong-royong mampu mewujudkan persefahaman antara penduduk melalui semangat bantu membantu dan bekerjasama.
Sementara itu, program disambung pada sebelah malam dengan program ceramah agama sempena Sambutan Israk dan Mikraj 1445H di surau Desa KEDA tersebut.
Ceramah yang disampaikan berkaitan Peristiwa Israk dan Mikraj menarik perhatian penduduk kerana disampaikan oleh penceramah terkenal iaitu Pencetus Ummah (PU), Al Fadhil Ustaz Amir Shahrizal bin Md Sharif (PU Amir), Mudir Madrasah Misbahul Munir, Al Fadhil Ustaz Zahirul Basri bin Jaafar dan Imam Masjid Pekan Baling, Al Fadhil Ustaz Mohamad Nazhiff bin Zakaria.
Antara perkongsian Ibrah yang perlu difahami adalah berkaitan kepentingan solat dan perkara yang berlaku pada malam israk dan mikraj. Disampaikan secara langsung kepada Nabi SAW tanpa perantaraan. Solat adalah satu kemulian dan mendapat kedudukan yang tinggi manakala yang tidak menunaikan solat adalah satu kehinaan dan menerima azab pada hari akhirat.
Nabi SAW amat menjaga solat dan mengarahkan umatnya melakukan solat dalam apa jua keadaan sama ada semasa bermukim atau bermusafir, berada dalam keadaan aman atau dalam keadaan takut, semasa sihat atau sakit, semuanya hendaklah lakukan solat.

KKDW salur Geran

66

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ DI DESA KEDA PONG SELATAN

PADANG TERAP – Aktiviti malam penduduk Desa KEDA Pong Selatan, di sini diserikan dengan sambutan Israk dan Mikraj apabila Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap bersama Jawatankuasa Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA ini mengadakan Ceramah Israk dan Mikraj.
Dengan objektif menyemarakkan sambutan hari kebesaran Islam, program seperti ini adalah aktiviti yang baik dalam kita merenung peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi orang-orang muslim dan kekal dalam lipatan sejarah Islam.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan kemudiannya diteruskan dengan ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj bertajuk “Perjalanan Israk dan Mikraj” telah disampaikan oleh Al Fadhil Noor Mohd Hidayat.
Antara lain yang dikongsi iaitu beliau mengajak umat islam memperbanyakkan amal ibadah termasuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
padu

PENDUDUK DESA KEDA TELUK BEREMBANG SAMBUT BAIK PELAKSANAAN SISTEM PADU

LANGKAWI – Seramai 266 penduduk Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Teluk Berembang dan sekitar Pulau Tuba di sini menyokong dan menyambut baik pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan.
Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
Sehubungan itu, Penduduk Desa KEDA Teluk Berembang dan sekitar Pulau Tubu menyokong dengan mengemaskinian PADU keluarga masing-masing sempena Program Pengemaskinian PADU Bersama Komuniti KEDA dan Penduduk Pulau Tuba di Dewan Desa KEDA itu.
Program yang diadakan selama 2 hari itu cukup membantu penduduk dalam melengkapkan PADU kerana diberi tunjuk ajar dan panduan bersama Jabatan Perangkaan.
KEDA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dalam membantu kerajaan ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.
56

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT DESA KEDA BUKIT ULAR

PADANG TERAP – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 2, Padang Terap turut tidak melepaskan peluang bagi mengimarahkan hari kebesaran Islam dengan menganjurkan Ceramah Agama sempena sambutan Israk Mikraj 1445H.
Ceramah yang bertajuk “Perjalanan Rasullullah SAW dalam Israk Mikraj” ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Shafie bin Sulaiman di Desa KEDA Bukit Ular.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan kemudian diteruskan dengan ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj.
Majlis mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Penduduk Desa KEDA Bukit Ular.
Antara yang dikongsi iaitu penghayatan terhadap peristiwa itu, mampu menjadikan umat islam sebagai manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Semoga dengan adanya majlis ilmu seperti ini dapat memberi manfaat dan contoh yang baik untuk panduan semua.
66

PLKK DIYAKINI MAMPU BANTU PESERTA UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN

PULAU PINANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerusi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dilihat dapat membantu dalam mendapatkan pekerjaan.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkata, dengan kerjasama baik bersama pihak perunding latihan yang dilantik dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, KEDA yakin mengenai kebolehpasaran peserta kursus ini.
“KEDA perlu memastikan peserta yang mengikuti program ini mendapat jaminan perkerjaan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian di dalam garis panduan pelaksanaan PLKK.
“PLKK menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap I, II dan III,”.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian dan Penyerahan Sijil Serta Lawatan Industri Peserta Tajaan KEDA “Kursus Basic Hospitality Service dan Operation Training” Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Tahun 2023 di Hotel Lexis Suite Penang, hari ini.
Jelas beliau, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) merupakan satu program yang diwujudkan oleh KKDW untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan.

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT DESA KEDA BUKIT KURA

PADANG TERAP – Dalam usaha memastikan umat Islam di kawasan luar bandar memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap telah menganjurkan ceramah agama.
Ceramah sempena meraikan Sambutan Israk dan Mikraj ini telah disampaikan oleh penceramah bebas, Al Fadhil Ustaz Mohammad Hafizuddin bin Alias.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan kemudian diteruskan dengan ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj dan disulami dengan qasidah dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah, Pedu.
Diharapkan program ini menambahkan pengetahuan dan penghayatan agar umat Islam sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.