PEGAWAI KEDA DIINGAT CAKNA PERATURAN 605

PEGAWAI KEDA DIINGAT CAKNA PERATURAN 605

KUBANG PASU – 60 Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diingatkan agar cakna dengan peraturan yang sedia ada dalam memastikan kawalan dalaman terhadap kakitangan bawahan boleh ditambah baik.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar berkata pegawai penyelia harus memainkan peranan untuk mengawal selia keberadaan kakitangan bawahan semasa waktu bekerja dalam memastikan pelaksanaan tugas mengikut SOP yang ditetapkan.
Taklimat Akta 605 ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di KEDA dan seramai 60 pegawai-pegawai penyelia dan wakil-wakil mendengar taklimat berkenaan.
“Sepertimana tertakluk dalam Akta KEDA, segala urusan tatatertib di KEDA perlu menggunapakai Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 ataupun dikenali sebagai Akta 605.”
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) di Dewan Seminar Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) KEDA, di Napoh baru-baru ini.
Taklimat ini disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia, YBhg. Dr Khairul Anuar bin Che Azmi.
Taklimat Akta 605 ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di KEDA dan KEDA merupakan agensi Badan Berkanun Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981.
Besar harapan KEDA agar usaha yang dijalankan KEDA ini akan dapat meningkatkan kefahaman kakitangan KEDA berhubung Akta 605 sekaligus memperkukuhkan integriti dan menambah baik tadbir urus KEDA.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI

LANGKAWI – Desa KEDA Wang Tok Rendong tidak terkecuali dalam merai Sambutan Aidilfitri Tahun 2024 di Perkarangan Masjid As-Sofiah Desa KEDA itu baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung meriah dan mendapat kerjasama baik dari semua penduduk dengan jumlah kehadiran para tetamu seramai 500 orang.
Majlis ini berjaya dilaksanakan oleh Kepimpinan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Wang Tok Rendong bersama ngo-ngo yang aktif di dalam kampung seperti Jawatankuasa Kariah Masjid As-Sofiah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Majlis Ketua Kampung (MKK), Persatuan Homestay, Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Koperasi Pembangunan Kampung, dan Kelab Belia.
Terdapat pelbagai juadah istimewa disediakan mengikut gerai dan ngo-ngo yang terlibat antaranya bihun sup, laksa, kuih raya tradisional, ketupat, lemang, nasi goreng, rendang daging dan ayam serta aneka jenis minuman.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
Sepanjang majlis ini para tetamu didendangkan dengan alunan lagu-lagu raya nostalgia oleh Kumpulan Gendang Warisan Langkawi dan persembahan khas daripada kakitangan Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi, Cik Nurzulaikha binti Mad Zahir yang menyanyikan sebuah lagu berjudul Indahnya Beraya Didesa-Azlina Aziz.
KEDA SALURKAN HAMPIR RM500,000 UNTUK BANTUAN EKONOMI DAERAH BANDAR BAHARU

KEDA SALURKAN HAMPIR RM500,000 UNTUK BANTUAN EKONOMI DAERAH BANDAR BAHARU

Serdang – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 9 Bandar Baharu berjaya menyalurkan peruntukan berjumlah RM490,834 kepada 17 peserta untuk aktiviti ekonomi dalam Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2024 ini.
Perkara demikian dinyatakan oleh Puan Hajah Afifah binti Haji Omar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, semasa merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Dan Penyerahan Bantuan Ekonomi Peringkat Pejabat KEDA Zon 9 Bandar Baharu.
“Saya berharap agar bantuan yang diberikan ini akan dijaga dengan baik oleh peserta dan digunakan sepenuhnya untuk mengusahakan perniagaan seterusnya menambah pendapatan mereka.
KEDA akan membuat pemantauan berkala bagi membantu peserta meningkatkan produktiviti perniagaan”, Hajah Afifah binti Haji Omar.
Bantuan ekonomi yang disalurkan adalah untuk empat program utama iaitu Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT), Projek Pemantapan Pengurusan Organisasi Luar Bandar (PTIO), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB).
Majlis yang berlangsung dengan meriah telah diserikan dengan sajian pelbagai menu seperti ketupat dan rendang, mee kari dan pelbagai air minuman.
Dengan bertemakan ‘Raya Klasik’, majlis turut menerima kehadiran pimpinan tempatan dan wakil pelbagai jabatan.
PROGRAM JALINAN KASIH AIDILFITRI DAN PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DESA KEDA BANDAR

PROGRAM JALINAN KASIH AIDILFITRI DAN PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DESA KEDA BANDAR

BALING – Program Jalinan Kasih Aidilfitri serta Program Jiwa Komuniti Madani Desa KEDA Bandar berjaya diadakan anjuran bersama Pejabat KEDA Zon 5, Baling dan Pejabat Penerangan Daerah Baling.
Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran seluruh penduduk Desa KEDA Bandar terutamanya kanak-kanak yang ternanti-nanti program sambutan perayaan ini.
Kemeriahan program diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Baling, YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Penerangan Daerah Baling, Encik Amran bin Mohd Kamis.
Mewakili KEDA yang memeriahkan majlis iaitu Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pegawai Penerangan Daerah Baling, Encik Amran bin Mohd Kamis.
Pihak Pejabat KEDA Zon 5 Baling, Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bandar dan penduduk Desa KEDA Bandar merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
PROGRAM JPJ DI DESA KEDA SADEK

PROGRAM JPJ DI DESA KEDA SADEK

BALING – Desa KEDA Sadek dipilih oleh Pejabat KEDA, Zon 5, Baling bagi Program Hari Komuniti Bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.
Program yang diselaraskan oleh JPJ menyediakan pelbagai perkhidmatan melalui JPJ Mobile, termasuk taklimat mengenai My JPJ secara dalam talian, perbaharui lesen kenderaan, perbaharui rod tax dan insuran, dan lain-lain.
Satu taklimat ringkas dikendalikan oleh pegawai JPJ Baling, Tuan Mahadzir bin Yahaya, memberikan ilmu pengetahuan yang berguna mengenai JPJ kepada penduduk yang hadir.
Kehadiran program ini tidak hanya melibatkan warga kampung Desa KEDA Sadek dan sekitarnya, tetapi turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Pembangunan KEDA Zon 5 Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil, serta staf dari Pejabat KEDA Baling, Staf JPJ Baling, dan JPJ Sungai Petani.
Selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, program ini turut diserikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri Desa KEDA Sadek dengan pelbagai menu menarik yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk.
Ini menunjukkan semangat kebersamaan dan kesedaran komuniti dalam menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.
LAWATAN KERJA KE PROJEK-PROJEK BERPOTENSI SEKITAR LANGKAWI

LAWATAN KERJA KE PROJEK-PROJEK BERPOTENSI SEKITAR LANGKAWI

LANGKAWI – Seramai 40 Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2024 termasuk Bahagian Komuniti Desa (BKD) telah melakukan lawatan kerja ke beberapa projek-projek berpotensi yang dilaksanakan KEDA sekitar Langkawi semalam.
Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, YBhg. Che Mohd Zulkifli bin Ismail dan mewakili KEDA iaitu Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Empat Projek yang dipilih antaranya, Lekoshow, Chalet Terapung Tuba Best, Crab Farm dan lawatan ke Projek Desa Lestari Kilim.
Lawatan ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan projek-projek KEDA yang berpotensi tinggi dilaksanakan KEDA dan semua projek itu membantu merancakkan pelancongan di Langkawi.
AHLI MPT KKDW 2024 TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SEBAGAI PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU APM

AHLI MPT KKDW 2024 TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SEBAGAI PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU APM

LANGKAWI – Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024 termasuk Bahagian Komuniti Desa (BKD) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima sijil pentauliahan sebagai Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah hotel dekat Pantai Cenang semalam.
Sijil Pentauliahan itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun diiringi Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed.
Sijil pentauliahan yang diterima selepas semua peserta berjaya mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam sebagai sebagai memberi pendedahan berkenaan asas pengurusan bencana.
Selain itu, pada majlis itu juga turut dirai persaraan Ketua Setiausaha KKDW.
Hadir sama menjayakan program ini iaitu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi serta mewakili KEDA iaitu Pengurus Besar, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
MPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM

MPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM

LANGKAWI – 90 orang ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tahun 2024 termasuk urusetia dari pihak Bahagian Komuniti Desa (BKD) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi pendedahan asas pertahanan awam di sebuah hotel di Pantai Cenang, dekat sini.
Ini berikutan Yang Amat Berhormat Dato’Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga turut memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah mengarahkan agar satu kursus khas dilaksanakan untuk memberi pendedahan berkenaan asas pengurusan bencana.
Sehubungan itu, BKD dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaksanakan kursus ini selama 3 hari bermula pada 5 Mei sehingga 7 Mei 2024.
Hadir menjayakan program iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. KEDA diwakili Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Sepanjang program itu, peserta akan didedahkan dengan modul asas pertolongan cemas, asas ikatan dan simpul, menyelamat kecemasan, pengurusan bencana dan lain-lain.
KEDA TERUS LAHIRKAN USAHAWAN WANITA DI BAWAH PROGRAM WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP

KEDA TERUS LAHIRKAN USAHAWAN WANITA DI BAWAH PROGRAM WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP

JITRA – Sejarah terus dicipta oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan melahirkan sebuah lagi perniagaan dengan penglibatan usahawan wanita melalui Program Keusahawanan Wanita di Wilayah KEDA (Women Biz Entrepreneurship) dengan perasmian Cafe Owren di sini.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA. Turut hadir adalah Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi dan mentor cafe Owren, Encik Mohd Azfar Jasmi bin Jamil.
Dalam progam kali ini, seramai empat orang usahawan wanita disatukan dalam usaha mewujudkan lebih ramai wanita yang terlibat secara langsung dalam perniagaan makanan dan minuman.
Cafe Owren membawa konsep ‘coffee shop’ yang menyajikan juadah istimewa ala barat dan tempatan. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan di restoran dalam suasana yang nyaman dan selesa.
Program Keusahawanan Wanita Di Wilayah KEDA adalah program yang direka khusus untuk melahirkan usahawan wanita dengan bantuan diberi dalam bentuk mesin dan peralatan, naik taraf premis serta kursus dan promosi.
SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024

SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024

KUALA MUDA – Majlis Sambutan Aidilfitri KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan telah diadakan di Desa KEDA Tepi Sungai, Kota Kuala Muda baru-baru ini.
Kesemua 7 buah Desa KEDA dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JKPPK) Kampung Kepala Jalan telah menyediakan pelbagai juadah hidangan untuk tetamu.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Mantan Pegawai Khas YBM KPLB, Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff serta Pengerusi KEDA Properties Sdn Bhd, Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Penolong Setiausaha Bahagian Komuniti Desa (KD) KKDW, YM Raja Nazrin Shah bin Raja Ahmad dan Pengurus Bahagian Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Selain itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Tuan Bau Wong Bau Ek, ADUN Pantai Merdeka YB Ustaz Shahril Long, Pengarah JPNIN Kedah, Tuan Haji Ahmad Puat bin Hj Yunus, dan beberapa kenamaan lain turut hadir.
Program dimulakan dengan Taklimat daripada Jabatan Kesihatan Daerah, Pn Juwita, diikuti taklimat dari IPD Kuala Muda, ASP Zul Hairi dan diakhiri taklimat oleh AADK Kuala Muda, En Nasir.
Selepas majlis, Tuan Pengurus Besar merasmikan Blaster Gel & Extream Park Desa KEDA Tepi Sungai dan seterusnya melakukan lawatan ke Muzium Tsunami.
Pejabat KEDA Zon 7, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dan kehadiran amat menggalakkan.
Semoga program sebegini dapat merapatkan lagi ukhwah silaturahim di antara kita dan seterusnya sama-sama kita membangunkan desa-desa KEDA.