BERITA

Program Pembangunan Ladang Durian KEDA

Program Pembangunan Ladang Durian KEDA telah diadakan pada 30 Disember 2020 (Rabu) di Ladang KEDA Pantai Molek, Sik, Kedah.

Program bermula seawal 10.30 pagi dengan penyertaan lebih kurang 50 orang warga KEDA termasuk Tuan Haji Kamarudin bin Abd Akib, Pengurus Besar KEDA.

Sebanyak 35 anak pokok durian Musang King berjaya ditanam hasil kerjasama semua yang terlibat pada hari tersebut.

Lawatan kerja Pengerusi KEDA ke Daerah Langkawi pada 23 Disember 2020

Lawatan kerja Pengerusi KEDA, YB Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail ke Desa KEDA Teluk Berembang dan Taman IKS Wang Tok Rendong sempena lawatan kerja ke Daerah Langkawi pada 23 Disember 2020.