KONVOI SEMARAK KASIH MERDEKA KEDA 2024 KE TAMAN SEJAHTERA RAKYAT SUNGAI TOH PAWANG

KONVOI SEMARAK KASIH MERDEKA KEDA 2024 KE TAMAN SEJAHTERA RAKYAT SUNGAI TOH PAWANG

BEDONG – Konvoi Semarak Kasih Merdeka Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berkesempatan berkunjung ke Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang, di sini.
Konvoi yang dipimpin oleh Pengurus Besar KEDA sendiri, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah disertai 49 orang KEDA Bikers dan Riders Jemputan Luar yang melibatkan agensi kerajaan, swasta dan NGO.
Antara pegawai yang terlibat adalah Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan dan Penolong Pengarah Kolej KEDA, Encik Muhamad Fikhri bin Zulkifli.
Ketibaan konvoi disambut mesra oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar bin Omar kakitangan zon serta Pengerusi Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P), Puan Noorazlinda binti Awang dan seluruh barisan kepimpinan 4P desa tersebut.
Pada masa yang sama, seramai 40 orang penduduk desa KEDA tersebut telah menghadiri kursus masakan.
Antara aktiviti yang diadakan di sana adalah ziarah kasih, serahan bantuan bakul makanan dan penyerahan bendera kepada barisan kepimpinan desa untuk memeriahkan desa.
Semoga makna merdeka dapat dihayati bukan sahaja dengan hiasan bendera namun merdeka pemikiran dan tindakan dalam memenuhi aspirasi Malaysia Madani
Terima kasih Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan dan penduduk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang.
Malaysia Madani : Jiwa Merdeka!

KONVOI KEDA BIKERS DISAMBUT 150 0RANG PENDUDUK DESA KEDA TANJUNG SETOL

PENDANG – Konvoi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah atau KEDA Bikers telah disambut meriah oleh 150 orang penduduk Desa KEDA Tanjung Setol.
Kehadiran 49 orang KEDA Biker dan Riders Jemputan ini adalah bersempena Konvoi Semarak Kasih Merdeka KEDA Tahun 2024.
Konvoi yang menjelajah ke 4 Desa KEDA di Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu ini menjadikan Desa KEDA Tanjung Setol sebagai destinasi pertama.
Ketibaan konvoi yang diketuai sendiri oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi bin Shariff ini telah disambut oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena, Encik Mohd Hafiz bin Ahmad, kakitangan zon serta Pengerusi Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P), Encik Shatar Bin Jusoh dan seluruh barisan kepimpinan 4P desa tersebut.
Antara pegawai yang terlibat adalah Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan dan Penolong Pengarah Kolej KEDA, Encik Muhamad Fikhri bin Zulkifli.
Pelbagai aktiviti telah disediakan kepada peserta konvoi dan penduduk seperti Sepak Raga Tuju, pertandingan mewarna, basikal berhias dan jamuan rakyat.
Turut diadakan adalah sesi serahan bendera kepada kepimpinan 4P, bakul makanan yang disempurnakan oleh Tuan Pengurus Besar.
Tuan Pengurus Besar turut sempat melakukan ziarah kasih kepada penduduk desa tersebut.
Terima kasih kepada Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena. Terima kasih juga kepada kepimpinan 4P dan penduduk Desa KEDA Tanjung Setol.
MERDEKA!
PENGARAH JPJ KEDAH SEMPURNAKAN PELEPASAN KONVOI SEMARAK KASIH MERDEKA SIRI 1

PENGARAH JPJ KEDAH SEMPURNAKAN PELEPASAN KONVOI SEMARAK KASIH MERDEKA SIRI 1

ALOR SETAR – Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah YBhg Tuan Stien Van Lutam telah berkesempatan hadir ke Kompleks Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan menyempurnakan sesi pelepasan Konvoi Semarak Kasih Merdeka KEDA Siri 1 bagi tahun 2024.
Kehadiran Pengarah JPJ Kedah yang diiringi oleh Pegawai Perhubungan Awam (PRO) JPJ Kedah, Encik Anas Bin Mohd Yusof telah disambut mesra oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Setelah menandatangani buku pelawat, beliau dibawa ke Pejabat Pengurus Besar dan seterusnya ke majlis ringkas sebelum sesi pelepasan.
Dalam majlis ringkas tersebut, Tuan Pengurus Besar mengucapkan kerjasama kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung termasuk JPJ.
Selain simbolik serahan t-shirt program, turut dilancarkan tabung sumbangan kasih KEDA.
Setelah bergambar, 49 orang peserta konvoi yang diketuai Tuan Pengurus Besar bersedia dengan motosikal masing-masing. Konvoi kali ini lebih menarik apabila turut membabitkan penglibatan riders jemputan dari agensi kerajaan, swasta mahupun NGO.
Antara pegawai yang terlibat adalah Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan dan Penolong Pengarah Kolej KEDA, Encik Muhamad Fikhri bin Zulkifli.
Sesi pelepasan yang dibuat oleh Pengarah JPJ Kedah turut diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Kami di KEDA ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas kerjasama erat serta sumbangan JPJ Kedah dalam memudahcara konvoi kali ini.
Terima Kasih JPJ Kedah!
Merdeka!
LAWATAN JAKPAW DAN ANGGOTA SUKARELA REJ 513 (AW) KE SURVIVAL VILLAGE 19 RAMD (MEK)

LAWATAN JAKPAW DAN ANGGOTA SUKARELA REJ 513 (AW) KE SURVIVAL VILLAGE 19 RAMD (MEK)

SUNGAI PETANI – Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi telah menghadiri lawatan oleh Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kedah dan anggota sukarela Rej 513 (AW) bertempat di Survival Village 19 RAMD (Mek).
Ketibaan delegasi dan tetamu telah disambut oleh Ketua Kompeni Markas, Mejar Mohamad Zakaria Hifzan bin Hisahuddin serta warga Penggempur Harimau Besi.
Seramai 20 ahli JAKPAW dan 50 pegawai serta anggota sukarela telah terlibat dalam lawatan yang julung kali diadakan ini.
Lawatan di Survival Village pasukan telah dimulakan dengan aktiviti pengenalan kepada jenis-jenis halangan, perangkap haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sering didapati di dalam hutan.
Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi simpulan dan ikatan serta teknik menghidupkan api dengan menggunakan Habuk Mudim. Para jemputan juga diberi pendedahan berkenaan cara mendirikan hammock, basha dan pondok yang dijadikan tempat tidur anggota di dalam hutan ketika beroperasi.
Lawatan diteruskan dengan aktiviti Joyride KP GEMPITA di sekitar kawasan kem yang sekaligus memberi peluang kepada para jemputan merasai pengalaman menaiki aset kebanggaan pasukan.
Sebagai penutup lawatan, ahli JAKPAW dihidangkan makan tengahari yang berkonsepkan makanan eksotik yang bertepatan dengan survival mode.
Turut hadir, Timbalan Komander Rej 513 (AW), Lt Kol Kamarulrazaimi bin Abd Razak dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Encik Zubir bin Ahmad.
PROGRAM BELIA BELIAWANIS DESA KEDA DAERAH BALING BERJAYA TINGKATKAN KESEDARAN DAN KEMAHIRAN BELIAWANIS

PROGRAM BELIA BELIAWANIS DESA KEDA DAERAH BALING BERJAYA TINGKATKAN KESEDARAN DAN KEMAHIRAN BELIAWANIS

BALING – Seramai 30 peserta dari kalangan belia beliawanis Desa KEDA Daerah Baling telah berjaya mengikuti Program Belia Beliawanis Desa KEDA Daerah Baling yang berlangsung di Banana CampSite, Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah.
Program diadakan ini menumpukan kepada peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan peserta mengenai aspek keselamatan dan kelangsungan hidup.
Program ini dikendalikan oleh Jurulatih Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kapten Fazli bin Abd Rahman, yang memimpin para peserta melalui pelbagai aktiviti berasaskan team building.
Aktiviti yang dijalankan merangkumi pembelajaran teori dan praktikal berkaitan ancaman cuaca, pengenalan jenis haiwan berbisa, pelbagai jenis ikatan dalam operasi menyelamat, kaedah balutan dan rawatan kecemasan, serta taktikal pengusung mangsa.
Selain itu, peserta juga diajar cara ikhtiar hidup seperti teknik nyalaan api dalam situasi kecemasan.
Dalam majlis penutupan, Pegawai Pembangunan Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil telah merasmikan program tersebut.
Beliau turut menyatakan harapan agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat diaplikasikan oleh para beliawanis dalam kehidupan seharian, sekaligus mempersiapkan mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di masa hadapan.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta, yang rata-ratanya menyatakan kesyukuran atas peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan membina semangat kerja berpasukan dalam suasana yang mencabar.
KEDA TERIMA KUNJUNG HORMAT DARI PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UniMAP

KEDA TERIMA KUNJUNG HORMAT DARI PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UniMAP

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar, baru-baru ini.
Ketibaan delegasi UniMAP telah disambut mesra oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, bersama pegawai-pegawai dari Unit Komunikasi Korporat KEDA.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama antara KEDA dan UniMAP, khususnya dalam aspek tenaga pakar.
Di samping itu, perbincangan turut menjurus kepada pertukaran pengetahuan dalam bidang komunikasi dan media yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.
Pusat Komunikasi Korporat UniMAP ini juga telah menawarkan kepakaran mereka dalam bidang komunikasi media bagi membantu Kolej KEDA di Sik, terutamanya dalam aspek promosi kemasukan pelajar melalui penggunaan media yang lebih efektif.
Dalam lawatan tersebut, YBhg. Tuan Ismasuhaimi turut menceritakan peranan dan operasi KEDA serta peranan yang dimainkan oleh agensi ini dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar di Kedah.
Beliau turut menyatakan harapan agar kerjasama yang bakal dijalin dengan UniMAP ini akan membuka peluang baru dalam memperkukuhkan jaringan antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan, seterusnya memanfaatkan komuniti luar bandar di Kedah.
KEDA juga berharap agar kolaborasi ini akan membawa manfaat jangka panjang, terutama dalam meningkatkan keberkesanan program-program pembangunan luar bandar yang dijalankan.
PROGRAM SEMBANG SANTAI INTEGRITI KEDA SIRI 1 TAHUN 2024

PROGRAM SEMBANG SANTAI INTEGRITI KEDA SIRI 1 TAHUN 2024

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Unit Integriti dan Perundangan telah menganjurkan “Program Sembang Santai Integriti Siri 1 Tahun 2024” dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah.
Program yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat KEDA ini telah dihadiri oleh 57 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan KEDA.
Penceramah jemputan dari PDRM, Pegawai Psikologi Kanan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Kedah, Dr. Wan Su binti Haji Haron, bersama Penolong Pengarah Pencegahan AADK Kedah, Puan Rajesvari Gonoselan, telah menyampaikan ceramah bertajuk “Selangkah Penentu Kehidupan.”
Kedua-dua penceramah menekankan pentingnya integriti dan langkah-langkah pencegahan dalam memerangi isu-isu sosial seperti penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam masyarakat.
Selain ceramah, program ini juga menampilkan pameran daripada AADK yang memaparkan maklumat dan bahan pencegahan dadah, memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut.
Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Semua kakitangan KEDA menyokong penuh usaha ini dan menjadi sebahagian daripada komitmen KEDA dalam memupuk budaya integriti dan kesedaran sosial dalam kalangan kakitangan dan masyarakat setempat.
Dengan penganjuran program ini, KEDA terus memperkukuh peranannya sebagai agensi yang bukan sahaja memfokuskan kepada pembangunan wilayah, tetapi juga dalam membangunkan modal insan yang berintegriti tinggi.
KEDA ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE JPJ KEDAH

KEDA ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE JPJ KEDAH

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah melakukan kunjung hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah baru-baru ini dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff diiringi oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KEDA, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Encik Mohamad Heldi bin Abdul Rauf.
Kehadiran KEDA telah disambut mesra oleh Pengarah JPJ sendiri, YBhg. Tuan Stien Van Lutam. Turut hadir adalah Encik Anas Bin Mohd Yusof, Pegawai Perhubungan Awam (PRO) JPJ Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, mereka membincangkan pelbagai program yang boleh dilaksanakan secara bersama antara KEDA dan JPJ, khususnya yang melibatkan komuniti luar bandar.
YBhg. Tuan Ismasuhaimi turut berkongsi mengenai operasi dan peranan KEDA dalam membangunkan masyarakat luar bandar di Kedah.
Selain itu, Tuan Pengurus Besar juga berkongsi pengalaman beliau sebagai mantan Pengarah JPJ Kedah sebelum ini.
Melalui kerjasama ini, KEDA berharap dapat memperluaskan lagi jangkauan program-program pembangunan untuk faedah masyarakat luar bandar.
Kunjung hormat ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara KEDA dan JPJ dalam usaha memajukan masyarakat luar bandar di negeri Kedah.
PENGURUS BESAR HADIRI BENGKEL ‘SPOKE PERSON’ DAN STRATEGI MENDEPANI MEDIA KKDW TAHUN 2024

PENGURUS BESAR HADIRI BENGKEL ‘SPOKE PERSON’ DAN STRATEGI MENDEPANI MEDIA KKDW TAHUN 2024

KUALA LUMPUR – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah menghadiri Bengkel ‘Spoke Person’ dan Strategi Mendepani Media 2024 yang berlangsung di Hotel Corus, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bengkel yang diadakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selama dua hari itu bertujuan memberikan pendedahan dan latihan menyeluruh kepada Pengurusan Tertinggi kementerian serta agensi kerajaan dalam tatakelola pengurusan dan penyelarasan media.
Seramai 40 orang peserta, yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pengurus, telah mengambil bahagian dalam bengkel tersebut.
Antara penceramah jemputan adalah Tuan Sayed Munawar SM, personaliti terkenal RTM TV1, yang berkongsi ilmu serta pengalaman beliau dari perspektif media.
Turut serta adalah YBhg. Dato’ Najmuddin Abdullah, mantan Senior Vice President Komunikasi Strategik Malaysia Airlines, yang memberikan pandangan mendalam tentang pengurusan krisis komunikasi, khususnya berkaitan insiden MH370 yang menjadi kisah hitam dunia pada tahun 2014.
Melalui bengkel ini, para peserta diberi kemahiran penting dalam mendepani media dengan lebih berkesan, khususnya ketika berhadapan dengan situasi krisis dan semasa menjalani wawancara bersama media.
Pengalaman serta pengetahuan yang dikongsi oleh penceramah jemputan diharap dapat membantu peserta untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan komunikasi strategik bagi organisasi masing-masing.