PEJABAT KEDA ZON 8 JAYAKAN SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU

PEJABAT KEDA ZON 8 JAYAKAN SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU

KUBANG PASU – Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/Kubang Pasu turut serta bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu (MBD) bagi menjayakan Sambutan Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Kubang Pasu baru-baru ini.
Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kubang Pasu 2024 ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Besar Institut Latihan Belia (ILP) Jitra, di sini.
Sambutan HSN 2024 diadakan secara serentak seluruh negara dengan bertemakan Semarak Hari Belia Negara dan bagi sambutan HSN 2024 peringkat Daerah Kubang Pasu pada kali ini telah berjaya menarik penglibatan seramai 200 orang peserta.
Antara pengisian program dimulakan dengan bacaan ikrar yang bertemakan Yakin Boleh, senamrobik Semarak HBN, Demo Seni Silat Melayu, 2 slot ceramah dan persembahan buskers.
Perasmian Penutup dan penyampaian Sijil Penyertaan disempunakan oleh Pengarah ILP Jitra, Ts. Ahmad Nazri bin Zainol.
Hadir menjayakan program Pegawai Pembangunan KEDA Zon 8, Kota Setar/ Kubang Pasu, Mohd Ramlan bin Jaafar menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Encik Megat Shahrom Bashir bin Makhdzir.
PENGURUS BESAR KEDA MERIAHKAN KAYUHAN BERBASIKAL PPRT

PENGURUS BESAR KEDA MERIAHKAN KAYUHAN BERBASIKAL PPRT

POKOK SENA – Warga Aktif, KEDA Produktif. Inilah adalah slogan yang diinspirasikan oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff sejak mula memimpin KEDA.
Dengan falsafah ini, bagi program riadah dan sukan kali ini, KEDA menganjurkan Program Ziarah Kasih Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Berbasikal.
Program Kayuhan Basikal yang dianjurkan sempena Hari Sukan KEDA bertujuan untuk menyantuni masyarakat luar bandar, terutama golongan B40, miskin dan asnaf.
Seramai 13 pegawai dan kakitangan KEDA terlibat dalam kayuhan basikal, 6 buah motosikal dan 2 buah kereta dan program ini diketuai sendiri oleh Pengurus Besar KEDA.
Selain aktiviti berbasikal, kakitangam KEDA juga turut menjalankan aktiviti riadah lain seperti Senamrobik, Brisk Walk, Bola Tampar dan juga Ping Pong.
Aktiviti seawal jam 8.30 pagi ini memberi peluang untuk staf beriadah dan bersukan tanpa perlu mengganggu proses operasi pejabat. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik dalam kalangan staf.
PENGURUS BESAR SANTUNI PENDUDUK DESA KEDA BENDANG PERANG

PENGURUS BESAR SANTUNI PENDUDUK DESA KEDA BENDANG PERANG

POKOK SENA – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah berkesempatan menyantuni penduduk Desa KEDA Bendang Perang, Jabi di sini, sempena Program Ziarah Kasih Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Berbasikal hari ini.
Pengurus Besar KEDA juga menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk terpilih di desa tersebut.
Ini merupakan salah satu usaha KEDA untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan barangan keperluan asas melalui penyerahan bakul makanan.
KEDA berharap melalui program Ziarah Kasih PPRT ini, hubungan antara pihak KEDA dan masyarakat luar bandar dapat diperkukuh.
SESI WALKABOUT PENGERUSI KEDA KE DESA KEDA SUNGAI UDANG

SESI WALKABOUT PENGERUSI KEDA KE DESA KEDA SUNGAI UDANG

YAN – Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom telah mengadakan sesi walkabout ke Desa KEDA Sungai Udang, di sini.
Turut hadir mengiringi beliau adalah Pegawai Pembangungan KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan, Encik Anuar bin Omar dan Pengerusi Pasukan Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sungai Udang, Encik Mazlan bin Haji Hussin.
Selain beramah mesra bersama penduduk desa, sesi walkabout ini juga melibatkan pemantauan dari Pengerusi KEDA terhadap penerima bantuan KEDA di desa ini.
Sesi walkabout bermula aktiviti sarapan bersama penduduk desa disamping bertukar pandangan dan perkongsian isu setempat bersama Pengerusi KEDA.
Seterusnya, aktviti bersambung dengan Pengerusi melihat sendiri hasil dari penerima bantuan KEDA termasuk bantuan ekonomi mahupun baikpulih rumah.
GOTONG ROYONG STAF KEDA BERSAMA PELAJAR MASDAR

GOTONG ROYONG STAF KEDA BERSAMA PELAJAR MASDAR

LANGKAWI – Program Khidmat Masyarakat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqim (MASDAR) terus diisi dengan pelbagai pengisian aktiviti sekitar Pulau Tuba, di sini.
Pada hari kedua program, aktiviti dimulakan dengan kuliah subuh yang memberi semangat rohani kepada para peserta.
Selain itu, 19 Pegawai lantikan baharu turut mengambil bahagian dalam jelajah ke tiga pantai di Tanjung Peluru, Pulau Tuba, yang membolehkan mereka menikmati keindahan alam.
Aktiviti gotong-royong di Desa KEDA Teluk Berembang menjadi salah satu pengisian penting dalam program ini.
Peserta diberikan taklimat oleh pihak Jawatankuasa Perancang dan Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Teluk Berembang mengenai latar belakang dan keunikan Desa KEDA itu.
Pada sebelah malam, satu kuliah bertajuk “Peranan Pemuda dalam Pembangunan Masyarakat” telah disampaikan oleh Prof. Agi-Js Priyono dari Pesantren Paradaban Tasik Malaya, Indonesia.
Kuliah ini mendapat sambutan yang sangat baik dari para peserta, mereka bukan sahaja tertarik dengan isi ceramah yang disampaikan, tetapi juga aktif dalam sesi soal jawab yang memeriahkan lagi suasana.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial di kalangan pegawai lantikan baharu KEDA, tetapi juga untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan menyumbang kepada komuniti setempat.
Sambutan positif dari peserta menunjukkan keberkesanan program ini dalam mencapai matlamatnya.
KEDA ANJUR PROGRAM BERSAMA MASDAR

KEDA ANJUR PROGRAM BERSAMA MASDAR

LANGKAWI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqim (MASDAR) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bagi pegawai lantikan baharu KEDA di Pulau Tuba, di sini.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 19 pegawai lantikan baharu bersama 30 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqim.
Pada hari pertama program, peserta tiba di Langkawi dan dibawa melawat tiga projek Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilaksanakan oleh KEDA.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai usaha-usaha KEDA dalam membantu masyarakat setempat terutamanya penduduk luar bandar.
Selepas itu, peserta menaiki bot menuju ke Pulau Tuba. Setibanya di sana, mereka disambut dan diberi penerangan oleh Encik Alias Muda, yang memberikan maklumat terperinci mengenai sejarah dan keunikan Pulau Tuba.
Program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan dalam kalangan pegawai baharu serta memberi pengalaman berharga kepada para pelajar lepasan SPM dalam berinteraksi dengan masyarakat dan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Pulau Tuba, tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami lebih mendalam tentang cabaran dan keperluan komuniti setempat.
MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN JAWATANKUASA 4P DESA KEDA SADEK

MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN JAWATANKUASA 4P DESA KEDA SADEK

BALING – Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Sadek telah berlangsung jayanya dengan kerjasama yang baik dari semua penduduk di situ.
Mesyuarat ini diadakan dengan tujuan untuk menyelaras semula struktur dan tugas Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sadek.
Mesyuarat dihadiri oleh wakil 114 buah rumah dari Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) ini telah menyaksikan pemilihan ahli jawatankuasa baru yang akan menjalankan tugas mereka bagi tempoh dua tahun, sesi penggal 2024-2026.
Pemilihan ini dilakukan oleh penduduk kampung sendiri yang menunjukkan semangat kerjasama dan demokrasi dalam kalangan komuniti setempat.
Perasmian mesyuarat disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Zon 5, Baling, Encik Mohamad Yusran Azali bin Mohamad Fadzil, yang turut memberikan ucapan mengenai pentingnya perpaduan dan kerja berpasukan dalam mencapai matlamat pembangunan kampung.
Dengan kepimpinan baru ini, diharapkan Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sadek akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan efektif, memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.
NAZIRAN SISTEM PROFIL KAMPUNG PERINGKAT NASIONAL (SPKPN) KKDW BAGI DAERAH SIK

NAZIRAN SISTEM PROFIL KAMPUNG PERINGKAT NASIONAL (SPKPN) KKDW BAGI DAERAH SIK

SIK – Proses Naziran dan Pengauditan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah selesai dilaksanakan di Daerah Sik selama dua hari, bermula dari 14 Mei 2024 hingga 15 Mei 2024.
Pejabat KEDA Zon 4 Sik adalah salah satu daerah terawal yang berjaya melengkapkan pengisian maklumat dalam sistem SPKPN, dengan bantuan pimpinan tempatan seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Majlis Ketua Kampung (MKK), dan Penghulu Mukim.
Pasukan naziran KKDW diketuai oleh Puan Nurul Emmylia Hazrina binti Ishak dari Bahagian Komuniti Desa KKDW.
Naziran ini juga melibatkan pasukan dari Bahagian Pembangunan Komuniti KEDA yang diketuai oleh Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti, Puan Yusnida binti Yusof.
Sementara itu, pasukan dari Pejabat KEDA Zon 4, Sik diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan.
Skop naziran mencakupi aktiviti turun ke kampung-kampung terpilih bersama-sama Pengerusi JPKKP yang terlibat untuk menyemak maklumat, melakukan pemantauan projek, serta melaksanakan lawatan ke industri kecil yang memiliki potensi untuk diketengahkan.
Proses naziran ini merupakan langkah penting dalam memastikan maklumat dalam SPKPN tepat dan terkini, serta memantau perkembangan dan pelaksanaan projek-projek komuniti di daerah tersebut.
Kejayaan ini menunjukkan kerjasama yang erat antara pihak KKDW, KEDA, dan pimpinan tempatan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti desa.
KUNJUNG HORMAT FITEC KE KEDA

KUNJUNG HORMAT FITEC KE KEDA

ALOR SETAR – Furniture Industry Technology Center (FITEC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada hari ini.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Program Pemacu Pemasaran Bersepadu Perabot Bumiputera (PEMACU) dengan FITEC yang merupakan syarikat milikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Delegasi FITEC yang diketuai oleh Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Kamarudin Hj Kalib telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Dalam pertemuan tersebut, FITEC membentangkan pelbagai produk perabot yang dihasilkan melalui penggunaan teknologi canggih, termasuk teknik reka bentuk dan pembuatan terkini.
Selain pembentangan produk, sesi pertemuan ini juga diisi dengan perbincangan mengenai potensi latihan dan bengkel teknologi untuk usahawan perabot.
Antara lain turut dikongsi KEDA berkaitan pembangunan tenaga mahir dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej KEDA.
Program PEMACU ini adalah program melibatkan perolehan bekalan perabot dan baik pulih perabot yang diwujudkan dengan objektif untuk membantu pemulihan semula ekonomi usahawan perabot bumiputera yang terkesan daripada pandemic Covid-19, mengekang pengucupan industri perabot bumiputera, membantu kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan dalam industri perabot kepada masyarakat dan mengukuhkan jalinan kerjasama strategik bahagian keusahawanan antara Kementerian, agensi bagi meneroka bidang perabot sebagai pembangunan keusahawanan di bawah bidang kuasa masing-masing.
Melalui program PEMACU ini juga diharap dapat memacu dan memperkasakan agenda pembangunan ekonomi bumiputera yang memberi manfaat yang besar kepada negara.
MESYUARAT AGUNG 4P DESA KEDA BENDANG MAN, DESA KEDA KOTA AUR DAN DESA KEDA SUNGAI SEMIAR

MESYUARAT AGUNG 4P DESA KEDA BENDANG MAN, DESA KEDA KOTA AUR DAN DESA KEDA SUNGAI SEMIAR

SIK – Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) bagi Desa KEDA Bendang Man, Desa KEDA Kota Aur dan Desa KEDA Sungai Semiar untuk sesi 2024-2026 selesai diadakan baru-baru ini.
Pemilihan 4P ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan dan melancarkan pengurusan organisasi luar bandar di Wilayah KEDA terutamanya di Desa-desa KEDA.
Dalam majlis tersebut, gimik penyerahan bantuan peralatan katering kepada Jawatankuasa 4P turut diadakan dan bantuan ini di bawah Program Pemantapan Pengurusan Organisasi Luar Bandar (PTIO) 2024.
Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Encik Mohd Noor Farzli bin Adenan, telah merasmikan mesyuarat agung tersebut serta menyempurnakan gimik penyerahan bantuan peralatan katering.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama dan kesatuan dalam memajukan Desa KEDA serta memastikan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Acara ini dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa 4P dan penduduk setempat yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembangunan desa masing-masing.
Dengan pemilihan jawatankuasa yang baru, diharapkan inisiatif dan program yang dirancang akan membawa perubahan positif dan kemajuan kepada komuniti di Desa KEDA Bendang Man, Desa KEDA Kota Aur, dan Desa KEDA Sungai Semiar.