ALOR SETAR – Lebih seribu tetamu hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi, telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom. Turut hadir ketika acara rasmi majlis ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg.Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar.
Pengerusi KEDA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan petugas yang menjayakan majlis ini.
“Saya berharap sambutan Aidilfitri ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja KEDA mahupun agensi-agensi negeri dan persekutuan yang lain di negeri ini.
“Terima kasih kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama kepada KEDA agar operasi dapat berjalan dengan mudah dan lancar”, ujar beliau.
Jamuan raya KEDA kali ini mengetengahkan konsep Nostalgia Syawal untuk membangkitkan suasana raya dulu-dulu dengan mengimbau keseronokan sambutan Aidilfitri dulu kala.
Pelbagai juadah menarik disediakan kepada tetamu yang hadir antaranya, nasi beriani, mee, kuetiau goreng dan laksa, rusa dan kambing golek, satay, nasi himpit, apam lenggang/apam balik, lemang, ketupat, rendang, ais krim Malaysia, dadih, buah, bihun sup, ais kacang dan lain-lain.
Antara tetamu yang hadir memeriahkan sambutan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Hajah Siti Ashah binti Haji Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia dan Sukan, YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din dan Pengerusi KEDA Holdings Sdn Bhd, Dato’ Hasmuni bin Hassan.
AHLI MPT KKDW 2024 TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SEBAGAI PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU APM
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMPT KKDW DIBERI PENDEDAHAN ASAS PERTAHANAN AWAM
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA TERUS LAHIRKAN USAHAWAN WANITA DI BAWAH PROGRAM WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaSAMBUTAN AIDILFITRI KEDA ZON 7 KUALA MUDA/YAN TAHUN 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPERDANA MENTERI RASMI PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS SANTUNAN KASIH AIDILFITRI PEJABAT KEDA ZON 4, SIK
/in Arkib 2024 /by Upload@keda15,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI DI KEDAH
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA KOMITED SELESAI ISU SAWAH DAN TANAH TERBIAR
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaLEBIH SERIBU TETAMU MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKAKITANGAN KEDA TERIMA WATIKAH PELANTIKAN PEGAWAI BARISAN HADAPAN KKDW 2024
/in Uncategorized /by Upload@keda