PENGGERAK KEDA DISARAN JADI FASILITATOR KEPADA IPPK CAPAI MATLAMAT ORGANISASI

PULAI PINANG – Pegawai Penggerak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) disaran menjadi fasilitator kepada pihak Institusi Pentadbiran Peringkat Kampung (IPPK) bagi membantu merealisasikan hasrat dan matlamat organisasi dalam mewujudkan pembangunan desa yang lestari.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkata, pegawai penggerak KEDA harus berperanan sebagai pemudah, fasilitator jurulatih atau mentor yang akan mendorong IPPK agar terus merangsang proses pembangunan sosial-ekonomi kampung.
“Harapan KEDA agar semua penggerak dapat menggunakan ilmu yang diperoleh melalui bengkel ini dalam usaha memberi bimbingan kepada IPPK bagi meningkatkan penglibatan aktif IPPK dan komuniti luar bandar.
“Hasrat KEDA agar aspirasi game changer KKDW yang mengkehendakkan Desa to Global ini perlu bermula dari kita di KEDA sebagai penggerak awal kecemerlangan KEDA,”.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengukuhan Gerak Kerja Pegawai Penggerak KEDA Tahun 2024 dengan kerjasama Akademi Kenegaraan, Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir adalah Penolong Pengarah KananAkademi Kenegaraan Balik Pulau, Encik Mohd Akmaluddin bin Mudaribeni, Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar dan Penolong Setiausaha Bahagian Komuniti Desa
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Raja Nazrin bin Raja Ahmad.
Jelas beliau lagi, kakitangan KEDA perlu mempunyai sifat jati diri dan kebersamaan yang tinggi agar jabatan ini sentiasa kukuh dan berjaya.

PUSPANITA KEDA SERTAI HARI PUSPANITA DAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KKDW KALI KE-41

PUTRAJAYA – Seramai 11 Pegawai Wanita Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyertai Hari PUSPANITA dan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Kali Ke-41 Tahun 2024.
Mesyuarat Agung itu diadakan di Dewan Seri Lestari Aras B1, KKDW, di sini.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan KKDW, Puan Norazah binti Abdul Shukor.
Turut memberi sokongan adalah jawatankuasa dan ahli-ahli dari PUSPANITA Cawangan kecil KEDA, MARA, RISDA, FELCRA, KEMAS, JAKOA, KESEDAR, KETENGAH, KEJORA dan PERDA.
Hadir menjayakan iaitu Pengerusi PUSPANITA KEDA, Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Program Hari PUSPANITA Tahun 2024 bertemakan Memperkasakan Wanita Mendepani Cabaran KKDW Madani.
Seterusnya, turut diadakan kunjungan hormat delegasi PUSPANITA KKDW ke Pejabat YB Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang.

GUA SIREH JADI TUMPUAN SELEPAS DINAIK TARAF

BALING – Keindahan Gua Sireh di Kampung Padang Che Mas menjadi tarikan baharu bagi eko pelancongan di Kedah sekali gus menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.
Menurut Pengurus Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh, Mohd Sazli Ibrahim, 55, gua sepanjang 460 meter itu berjaya menarik kira-kira 1,000 pelancong tempatan dan luar negara dalam tempoh sebulan selepas ia siap di naik taraf pada hujung tahun lalu.
Katanya, projek menaik taraf pelbagai kemudahan di dalam gua seperti lampu yang berwarna warni dan jambatan besi menyebabkan pengunjung berasa lebih selamat untuk meneroka gua berkenaan.
“Selepas menerima peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sebanyak RM750,000, kita naik taraf gua ini daripada jambatan kayu kepada jambatan besi, sebelum ini kita terpaksa tukar kayu-kayu di sini kerana ia tidak tahan lama.
“Peruntukan itu turut melibatkan pembelian van pelancong. Dengan adanya kemudahan ini, kita sasarkan selepas akan menerima lebih ramai pengunjung iaitu antara 2,000 hingga 3,000 pengunjung sebulan selepas ini,” katanya ketika ditemui.
Mohd Sazli berkata kehadiran pelancong ke dalam gua itu akan disambut dengan permandangan indah batu besar berbentuk sireh junjung.
Katanya, pengunjung kemudiannya akan kagum melihat keindahan formasi stalagmit dan stalaktit berbentuk singa, perahu patah, batu yang berbunyi gong, dataran helang dan pelbagai lagi bentuk batu yang unik.
“Kita juga ada batu berbentuk mini ‘love’, pengisar tepung dan bukit kristal, pengunjung dewasa hanya perlu membayar RM15 untuk masuk ke dalam, manakala pelajar institut pengajian tinggi (IPT)dan pelajar sekolah menengah RM10, sekolah rendah RM7 dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah hanya RM4, setiap kumpulan pengunjung akan diiringi dengan pemandu arah.
“Kita buka setiap hari kecuali cuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, kita akan beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Kebiasaannya pengunjung akan mengambil masa antara sejam setengah hingga dua jam untuk meneroka gua ini,” katanya.
LAWATAN PUSPANITA KEDA KE KEJORA

RM15.2 JUTA PROGRAM DESA LESTARI KKDW DI NEGERI KEDAH

BALING – Negeri Kedah merupakan antara salah satu negeri yang tidak terkecuali daripada menerima geran peruntukan bernilai RM15.2 juta di bawah Program Desa Lestari (PDL) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata mulai 2013 sehingga 2023, sebanyak 16 buah kampung telah berjaya menerima geran di bawah PDL bagi menjalankan projek.
“Antara projek-projek yang dijalankan iaitu sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, perternakan, pembuatan dan peruncitan.
“Sektor-sektor ini telah berjaya menjana jumlah pendapatan kasar sebanyak RM12.3 juta.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena Majlis Perasmian Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh dan Program My Desa My Destination (MDMD).
Seramai 400 orang tetamu hadir termasuk ketua-ketua agensi dibawah KKDW dan kerajaan negeri serta penduduk setempat.
Antara kenamaan yang hadir adalah Pegawai Daerah Baling, YBhg. Dato’ Haji Abdul Ghafar bin Yahya, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Setiausaha Bahagian Pembangunan Eknomi Komuniti, Encik Mohd Sabri bin Ramly, Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Puan Norzila binti Nayan.
Menurutnya, antara kampung-kampung Desa Lestari di Kedah yang berjaya menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pendapatan kasar tertinggi adalah seperti kampung Asam Jawa, Pendang, Kampung Kilim, Pulau Langkawi, Kampung Ulu Legong, Baling.
Beliau berharap agar Koperasi Gua Sireh juga akan turut tersenarai antara koperasi yang berjaya di Negeri Kedah melalui program ini setelah melihat kepada potensi dan keistimewaan yang ada pada gua ini.

165 KAMPUNG TERPILIH PROJEK DESA LESTARI KKDW

BALING – Sebanyak 165 buah kampung di seluruh negara telah terpilih di bawah Projek Desa Lestari (PDL) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak dilaksanakan mulai tahun 2013.
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata program ini adalah inisiatif KKDW untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui geran bantuan pelaksanaan projek-projek ekonomi secara berkomuniti melalui plafform koperasi.
“Objektif program ini adalah meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung.
“Selain itu, ini diharap dapat memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung melalui koperasi dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan kepada penduduk,”.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh, dan Program My Desa My Destination (MDMD) di Padang Che Mas, di sini.
Seramai 400 orang tetamu hadir termasuk ketua-ketua agensi dibawah KKDW dan kerajaan negeri serta penduduk setempat.
Antara kenamaan yang hadir adalah Pegawai Daerah Baling, YBhg. Dato’ Haji Abdul Ghafar bin Yahya, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Setiausaha Bahagian Pembangunan Eknomi Komuniti, Encik Mohd Sabri bin Ramly, Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Puan Norzila binti Nayan.
Antara sektor ekonomi yang terlibat adalah pelancongan desa, pertanian, penternakan, perkhidmatan, pembuatan danperuncitan.
Pemilihan kampung di bawah program ini adalah berdasarkan kepada senarai pencalonan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Kampung-kampung ini seterusnya akan dinilai melalui sesi temuduga dan lawatan tapak oleh pihak KKDW sebelum dipilih bagi menyertai program ini.

GUA SIREH KINI BERWAJAH BARU

BALING – Kerja menaik taraf Gua Sireh di bawah Projek Eko Pelancongan Warisan Alam dalam Program Desa Lestari, Kampung Padang Che Mas, sebagai lokasi pelancongan baharu di negeri ini kini sudah siap sepenuhnya.
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sebagai agensi pelaksana telah diperuntukkan sebanyak RM750,000 bagi menaik taraf infrastruktur di Gua Sireh.
“Kerja-kerja menaik taraf itu telah dilaksanakan oleh KEDA selaku agensi pelaksana bermula Mac 2023 dan kini sudah siap sepenuhnya.
“Antara kemudahan yang dinaik taraf iaitu laluan pejalan kaki sepanjang 400 meter dan pagar dalam gua, pembelian van pelancong, penambahbaikan fasiliti dan pembelian peralatan gua dan lain-lain”,
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Eko Pelancongan Desa Lestari Gua Sireh dan Program My Desa My Destination (MDMD), di sini.
Menurut beliau, selain laluan pejalan kaki dan titi dinaik taraf, aspek pencahayaan juga diberi keutamaan bagi memastikan tahap keselamatan pengunjung terjamin di samping menjadikan suasana dalam gua lebih menarik.
Katanya lagi, projek pembangunan berkonsepkan keindahan alam semula jadi di gua ini diharap menjadi hab pelancongan baharu di Kedah.
“Terima kasih kepada semua pihak terutama Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan lain-lainnya atas kerjasama strategik yang terjalin bagi membangunakan gua ini.
Saya berharap pihak koperasi menjalankan projek ini dengan bersungguh-sungguh kerana ia berpotensi menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara melihat kepada keunikan dan keindahan panorama di dalam gua ini yang menakjubkan,” katanya.

KSU KKDW MELIHAT KEINDAHAN KILIM GEOFOREST PARK DENGAN BESTTUBA

LANGKAWI – Semua mengetahui keindahan dan kecantikan alam semula jadi di Langkawi. Ini termasuklah Kilim Geoforest Park, tapak warisan geologi pertama di Asia Tenggara.
Ini dirasai sendiri oleh delegasi Lawatan Kerja Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Negeri Kedah.
Lawatan yang diurus selia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah KEDA ini telah dihadiri oleh KSU KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun dan diiringi oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar Operasi, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani Encik Sulaiman bin Mohd Noor, Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi, Encik Othman bin Hashim dan kakitangannya.
Kesemua tetamu dibawa menelusuri kawasan ini dengan menaiki bot BestTuba, salah satu koperasi yang menerima peruntukan Program Desa Lestari dibawah KKDW dan diuruskan oleh agensi KEDA.
Selain itu, para tetamu turut diberi kesempatan untuk merasai aktiviti memberi makan helang dan restoran terapung di Kilim.
Lokasi ini juga turut dilawati oleh pelancong luar negara yang sudah tahu mengenai keindahan Kilim ini.

KSU KKDW MELAWAT PROJEK TERNAKAN TIRAM DAN KETAM

LANGKAWI – Destinasi lawatan kerja Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun diteruskan lagi dengan lokasi seterusnya adalah projek ternakan tiram dan ketam di Kubang Badak, di sini.
Projek dibawah Bahagian Niagatani, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ini telah menerima lawatan Timbalan Menteri KKDW, YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang.
KSU KKDW diberi taklimat oleh pengurusnya, Encik Rusasmizal bin Mohammad Ghazali dengan menceritakan sejarah permulaan perusahaan ini.
KEDA banyak membantu dalam menyemarakkan usaha ini seperti pembangunan kolam, jalan pertanian serta fasiliti asas surau dan tandas.
Menurutnya beliau, lokasi ini mendapat perhatian pengunjung dari kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.
Hadir mengiringi KSU KKDW adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar.
Antara pengurus yang hadir adalah Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor, Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi, Encik Othman bin Hashim dan kakitangannya.
Ketua-ketua agensi dibawah KKDW peringkat Negeri Kedah ini juga turut hadir melawat projek ini disamping berdiskusi hal ehwal pembangunan desa dan wilayah di negeri ini berdasarkan kapasiti agensi masing-masing.

RAMAH MESRA KSU KKDW BERSAMA PENDUDUK DESA KEDA TELUK BEREMBANG

LANGKAWI – Penduduk Desa KEDA Teluk Berembang bertuah kerana mendapat kesempatan untuk beramah mesra bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun.
Sesi ramah mesra yang berlangsung awal pagi ini adalah bersempena lawatan kerja KSU KKDW ke Negeri Kedah yang diurus selia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Ketibaan KSU KKDW disambut mesra oleh penduduk desa yang terdiri diketuai oleh Jawatankuasa 4P (Pasukan Perancang dan Pelaksana Program) desa ini.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar dan pengurus-pengurus bahagian KEDA iaitu Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi (PPZ 1), Encik Othman bin Hashim dan staf Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi.
Tetamu yang hadir telah disaji dengan menu sarapan pagi popular negeri ini seperti pulut dengan ikan kering dan sambal bilis, lempeng kelapa (peknga) dan gulai ikan temenung dan ubi rebus.
Majlis bermula dengan sesi taklimat desa oleh PPZ 1 berkaitan sejarah pembinaan desa termasuk kemudahan prasarana dan naikrtaraf desa KEDA ini.
Seterusnya KSU KKDW menyerahkan sumbangan beras kepada penduduk bagi membantu mengurangkan bebanan harian penerima.
Terima kasih KSU KKDW kerana sudi bersama penduduk desa KEDA. Semoga kenangan ini akan terus terpahat di hati penduduk Desa KEDA Teluk Berembang.

6 DESA KEDA DAERAH SIK JAYAKAN PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJ

SIK – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 4, Sik tidak melepaskan peluang bagi mengimarahkan hari kebesaran Islam dengan menganjurkan ceramah agama sempena sambutan Israk dan Mikraj 1445H.
Seramai 750 penduduk di 6 Desa KEDA Daerah Sik berjaya merai Sambutan Israk dan Mikraj di Desa KEDA masing-masing baru-baru ini.
Antara Desa KEDA terlibat iaitu Desa KEDA Sungai Senam, Desa KEDA Sungai Semiar, Desa KEDA Kota Aur, Desa KEDA Telaga Batu, Desa KEDA Bendang Man dan Desa KEDA Gulau.
Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong kebersihan dan kecerian surau, ceramah Israk dan Mikraj dan berakhir dengan jamuan makan.
Ceramah menumpukan kepada penghayatan makna di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj serta mengeratkan hubungan baik antara KEDA dengan penduduk sekitar.
Hadir menjayakan program ialah Pegawai Pembangunan Zon 4, Sik, Mohd Noor Farzli bin Adenan.
Israk dan Mikraj merupakan antara tanda kekuasaan Allah SWT yang diperlihatkan kepada hambanya. Peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini amat besar nilainya di sisi orang-orang muslim dan ia kekal terpahat dalam lipatan sejarah Islam.