Berita

KEDA BERCADANG BANGUNKAN KEDA FOOD VALLEY MENJELANG RMK13

KEDA BERCADANG BANGUNKAN KEDA FOOD VALLEY MENJELANG RMK13

KUALA NERANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) optimis untuk membangunkan satu lembah makanan (KEDA Food Valley) di kawasan operasinya dalam usaha menangani keterjaminan makanan serta meningkatkan pengeluaran pertanian dan makanan negara.
Pengurus Besar KEDA, YBhg Tuan Ismasuhaimi Shariff berkata bagi menjayakan lembah makanan itu, KEDA akan memohon peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke -13 (RMK-13) sebanyak RM 12 juta membabitkan 218 hektar tanah di daerah-daerah dalam operasinya.
“Projek ini memfokuskan pembangunan tanah terbiar seperti di daerah Padang Terap, Baling dan Sik, kita akan memberi fokus dengan tanaman dan ternakan yang mempunyai kadar tahap sara diri negara (SSL) yang rendah.
“Antara fokus lain agensi juga adalah penyediaan makanan ternakan ayam yang dilihat potensi besar industri ternakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat ladang ternakan ayam kampung organik di Kampung Pokok Machang di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, YBhg. Tuan Ismasuhaimi berkata sehingga tahun ini, KEDA sudah mengusahakan 675 hektar tanah untuk pelbagai tanaman.
Katanya, antara tanaman itu ialah padi (484 hektar), pisang (70 hektar), nanas (33 hektar), jagung (22 hektar) tembikai (11 hektar), akuakultur (4 hektar) dan ternakan lembu (2.7 hektar).
“Kesemua projek itu sudah memberi pulangan pendapatan kepada pengusaha sebanyak
RM10.174 juta.
” KEDA akan kembangkan lagi usaha-usaha ini dan kita beri tumpuan kepada tanaman yang mudah dipasarkan dan pada masa depan kita akan tumpu juga kepada ternakan premium seperti ayam organik kerana pulangannya sangat besar,” katanya.
Hadir sama dalam lawatan itu Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman, Pegawai Pembangunan Zon 2, Padang Terap Encik Khairul Rizwan bin Abd Aziz@Razak dan Penolong Pengurus Niagatani, Encik Mohd Nabil bin Jaffri.
PASUKAN BOLA TAMPAR KEDA SERTAI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN PIALA PENGARAH JPJ KEDAH

PASUKAN BOLA TAMPAR KEDA SERTAI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN PIALA PENGARAH JPJ KEDAH

SINTOK – Pasukan Bola Tampar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya merangkul tempat keempat pada Pertandingan Bola Tampar Jemputan Piala Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah tahun 2024.
Pertandingan yang berlangsung di Unitversiti Utara Malaysia ini menerima 10 penyertaan dari seluruh Semenanjung Malaysia. 10 pasukan yang bertanding tersebut adalah tuan rumah iaitu JPJ Kedah, JPJ Perlis, JPJ Johor dan JPJ Selangor.
Selain KEDA terdapat 5 lagi pasukan jemputan yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah (BOMBA KEDAH), Universiti Utara Malaysia (UUM), Pasukan Bomba Airport atau Airport Fire & Rescue Squad (AFRS), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah (JKR KEDAH) dan Pasukan Gerakan Am Kulim (PGA KULIM).
Pasukan KEDA bermula baik apabila berjaya menjadi naib johan kumpulan namum disekat oleh pasukan UUM di peringkat separuh akhir. Nasib juga tidak menyebelahi KEDA apabila ditumpaskan pasukan BOMBA KEDAH bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Johan pertandingan telah disandang oleh pasukan UUM yang berjaya menumpaskan pasukan AFRS di peringkat akhir. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah JPJ Kedah, YBhg. Tuan Stein Van Lutam.
Sebagai pemenang tempat keempat, pasukan KEDA telah membawa pulang hamper, medal dan sijil penghargaan.
Tahniah pasukan KEDA
Warga Aktif, KEDA Produktif!
"TERIMA KASIH KEDA ATAS PEMBERIAN INI," PENERIMA PKS KKDW KLUSTER MAKANAN

“TERIMA KASIH KEDA ATAS PEMBERIAN INI,” PENERIMA PKS KKDW KLUSTER MAKANAN

SUNGAI PETANI – “Terima kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) kerana memilih saya sebagai salah seorang penerima dividen program ini,”.
Itulah luahan salah seorang penerima dividen Program Komuniti Sejahtera (PKS), Wamat bin Che Mi, 60 yang menyatakan rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada KEDA kerana memilihnya menerima dividen itu sekali gus dapat mengurangkan beban keluarganya.
“Saya tidak lagi mampu mencari rezeki selepas terjatuh daripada pokok genuak pada 2021, kejadian itu menyebabkan tulang belakang saya patah dan saya menjadi lumpuh.
“Kini saya hanya mengharapkan bantuan daripada zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kelangsungan hidup, dengan dividen sebanyak RM1,000 setiap tiga bulan ini, saya akan gunakan sebaiknya untuk perbelanjaan dapur dan keperluan lain.
“Salah seorang anak saya sanggup berhenti kerja untuk menjaga saya. RM1,000 ini sangat bermakna untuk saya dan keluarga,” katanya yang tinggal di Desa KEDA Bandar, Kampung Terabak, Baling.
Terdahulu, KEDA menyerahkan dividen bagi suku kedua tahun ini sebanyak RM1,000 kepada 30 keluarga menerima pembayaran bagi kluster Industri Makanan.
Untuk kluster ini, KEDA melantik D’Sara Fried Chicken sebagai pengurus projek rintis ini dengan peruntukan RM300,000 yang merupakan padanan kepada 30 penerima manfaat.
“PKS merupakan program khusus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) telah diwujudkan bagi tujuan perluasan konsep perkongsian keuntungan kepada warga emas, penerima uzur dan orang kelainan upaya.
KEDA LANCAR PROJEK MESIN LAYAN DIRI MELALUI PKS

KEDA LANCAR PROJEK MESIN LAYAN DIRI MELALUI PKS

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melancarkan Projek Mesin Layan Diri (Bidang Farmasi) di bawah Program Komuniti Sejahtera (PKS) Tahun 2023 dekat Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani, di sini.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff bersama Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Menurut YBhg.Tuan Ismasuhaimi sebanyak 10 mesin layan diri ditempatkan di sekitar Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar menerusi kluster kedua di bawah PKS.
“Ini merupakan satu program khusus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
“Ia diwujudkan bagi tujuan perluasan konsep perkongsian keuntungan kepada kumpulan sasar iaitu peserta pasif (Warga emas, uzur dan orang kelainan upaya (OKU).
Beliau berkata demikian pada Sidang Media sempena majlis pelancaran kluster kedua PKS di sini semalam.
“KEDA telah melantik D’Sara Fried Chicken iaitu sebagai projek rintis PKS pada tahun 2021 dengan peruntukan berjumlah RM300,000 yang merupakan padanan kepada 30 penerima manfaat di seluruh Kedah.
“Bagi kluster kedua PKS pula, KEDA melantik Farmasi Klebang Restu sebagai pengurus projek dengan peruntukan berjumlah RM250,000 yang merupakan padanan kepada 25 penerima manfaat di seluruh negeri ini.
Jelas beliau terdaat 10 lokasi yang dipilih oleh Farmasi Klebang Restu iaitu Farmasi Lily, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Farmasi Batik, Taman Batik, Sungai Petani, Farmasi Umar, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Farmasi Lily, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Dewan Kulim Hindu Sabha, Jalan Serindit, Kulim, Dewan Kulim Hindu Sabha, Jalan Serindit, Kulim, Farmasi Umar, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Farmasi Semut Gajah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Dobi Kita Kedah, Jalan Langgar, Alor Setar.
“Ubat-ubatan yang ditempatkan di dalam mesin berkenaan merupakan ubat yang lazimnya dicari masyarakat setempat seperti ubat demam, cirit-birit, batuk dan ubat cacing.
“Ini merupakan pilihan untuk masyarakat bagi membeli ubat pada waktu kecemasan iaitu luar pada waktu operasi kedai farmasi,” katanya.
PESERTA PKS PROJEK RESTORAN D’SARA FRIED CHICKEN TERIMA BAYARAN DIVIDEN

PESERTA PKS PROJEK RESTORAN D’SARA FRIED CHICKEN TERIMA BAYARAN DIVIDEN

SUNGAI PETANI – 30 peserta Projek Restoran D’Sara Fried Chicken (DFC) di bawah Program Komuniti Sejahtera (PKS) Tahun 2021 menerima dividen berjumlah RM1,000 seorang dalam majlis penyerahan yang diadakan di Swiss Avenue, Sungai Petani semalam.
Penyerahan Dividen itu disampaikan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff bersama Pengurus Projek D’Sara Fried Chicken (DFC), Encik Syarifudin bin Omar.
Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar, Ketua Unit Komunikasi Korporat KEDA, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Pegawai-pegawai Zon.
PKS merupakan satu Program khusus di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12).
Ia diwujudkan bagi tujuan perluasan konsep perkongsian keuntungan kepada kumpulan sasar iaitu peserta pasif (Warga emas, uzur dan orang kelainan upaya (OKU).
Merupakan program bantuan kewangan dalam bentuk pulangan dividen dan perkongsian keuntungan kepada Kumpulan sasar dalam pelbagai sektor ekonomi yang berdaya Maju (Vialable) iaitu boleh memberi peningkatan pendapatan kepada peserta dan berdaya tahan (sustainable) serta mempunyai prospek pasaran untuk berkembang bagi maksud dikomersilkan.
Projek Restoran D’Sara Fried Chicken (DFC) merupakan projek rintis di bawah Program Komuniti Sejahtera (PKS) Tahun 2021 dengan KEDA dilantik sebagai agensi pelaksana.
KEDA telah melantik D’Sara Fried Chicken sebagai Pengurus Projek dengan peruntukan berjumlah RM300,000.00 yang merupakan padanan kepada 30 orang penerima manfaat di seluruh negeri Kedah.
Ia bertujuan untuk menyediakan peluang kepada Pengurus Projek untuk mengembangkan jenama DFC bagi tujuan pemasaran yang lebih meluas disamping meningkatkan pendapatan dan ekonomi masyarakat setempat.
KEDA SANTUNI MANGSA KEBAKARAN

KEDA SANTUNI MANGSA KEBAKARAN

PADANG TERAP – Tindakan segera Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meneruskan komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti dengan mengadakan Ziarah Kasih kepada mangsa kebakaran di Desa KEDA Bendang Tok Teri, Naka, Padang Terap.
Mangsa, Zamri Zakaria, 56, dan isteri Siti Fatimah Binti Saad,60, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami selama 20 tahun musnah dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Isnin lalu (25 November 2024).
Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkata, KEDA telah menyediakan tempat tinggal sementara di Desa KEDA berkenaan sebelum rumah baharu untuk mereka di bina.
“KEDA kini dalam proses siasatan dan penilaian bagi pembinaan semula rumah yang 90 hangus terbakar dengan melanjutkan permohanan kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Projek pembinaan ini dijangka menelan belanja RM79,000.
“Selain itu KEDA juga sudah menyerahkan bantuan bakul makanan segera bernilai RM100 berupa beras, tepung, gula, kopi, minyak masak termasuk wang tunai RM200.
“Kita juga sedia bantuan keperluan asas rumah sebanyak RM1700 seperti tilam, bantal, selimut, kipas, cerek elektrik, periuk nasi, pinggan mangkuk, cawan, periuk, tong gas, sinki, tikar dan rak,” katanya pada Media ketika menyantuni mangsa kebakaran.
Zamri berkata dia dan isteri sangat bersyukur dan terima kasih kepada pihak KEDA kerana menyediakan rumah sementara untuk mereka tinggal selain barang keperluan untuk kelangsungan hidup mereka.
Katanya, dia sangat berharap rumah itu dapat dibina semula dengan bantuan KEDA.
Untuk makluman pada jam 5.00 petang, pada waktu kejadian, mangsa yang telah menetap selama 20 tahun dirumah berkenaan difahamkan tiada di rumah kerana menguruskan urusan luar dan membeli stok barangan niaga.
Kejadian kebakaran ini disedari oleh jiran belakang rumah kerana terhidu bau hangit dari rumah mangsa dan kemudian menyedari api telah marak dan menjulang sehingga ke bumbung.
Beliau juga adalah merupakan penerima bantuan KEDA melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi tahun 2023.
KEDA TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

KEDA TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang merupakan salah sebuah agensi Persekutuan yang bertapak di Kedah turut mengambil tindakan segera dalam membantu pengurusan banjir di Kedah.
Terbaru, KEDA telah membantu dengan menyelaras dua unit lori dan satu unit kenderaan pacuan 4 roda bagi mengangkut kelengkapan petempatan mangsa banjir.
Seramai 7 orang kakitangan KEDA terlibat dalam penyelarasan ini yang tertumpu di kawasan sekitar Alor Setar dan Kubang Pasu. Mereka terdiri daripada Encik Abdul Rahman bin Ismail, Encik Zulfadzli bin Abu Bakar, Encik Mohd Nazri bin Mohd Nor dari Unit Pentadbiran Am serta Encik Azmer bin Mohd Nor, Encik Syaiful Nizar bin Roslan dan Encik Mohammad Hafiz Azim bin Saad dari Unit Logistik.
Antara agensi yang KEDA berkolaborasi untuk gerak kerja ini adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan dan semoga kehadiran KEDA dapat membantu mengurangkan beban pengurusan mangsa banjir di negeri Kedah tercinta ini.