ALOR SETAR – Seramai 50 peserta telah menyertai Program Sukan dan Kecerdasan yang diadakan di Unit Logistik, Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini.
Program ini bertujuan untuk memupuk minat sukan serta meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental dalam kalangan anak-anak luar bandar di negeri Kedah.
Program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar. Hadir sama Pengurus Pembangunan Komuniti (BPK) KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar dan Pengurus Khidmat Pengurusan (BKP) KEDA, Puan Shuhaila binti Hamzah.
Sepanjang program, peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti antaranya, memanah, senaman aerobik, dan sepakan penalti. Aktiviti-aktiviti ini dirancang sempena cuti sekolah untuk memberikan pengalaman sukan yang bermanfaat serta mengembangkan pelbagai kemahiran kepada peserta.
Sukan memanah, yang semakin popular dalam kalangan masyarakat dan terkenal sebagai aktiviti Sunnah bagi umat Islam, turut menjadi salah satu fokus program ini.
Aktiviti memanah dipercayai dapat mendidik peserta menjadi lebih sabar, tangkas, kuat otot, serta meningkatkan ketepatan dan keyakinan diri. Di samping itu, sukan ini juga mengajarkan sikap reda dalam setiap tindakan.
Program dimulakan dengan sesi taklimat di kelas sebelum diteruskan dengan pertandingan memanah dan sepakan penalti secara individu dan berkumpulan. Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini menerima hadiah mengikut kategori individu dan kumpulan.
Para peserta menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program, dengan banyak yang mengakui bahawa pengalaman ini sangat berharga dan memberi inspirasi untuk terus aktif dalam kegiatan sukan.
KEDA berharap agar program seperti ini dapat dijadikan aktiviti tahunan bagi menggalakkan lebih ramai kanak-kanak luar bandar melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti kecergasan.
PROGRAM TUISYEN PINTAR@KEDA DAN 100 PERMATA LUAR BANDAR NEGERI KEDAH TAHUN 2024 DILANCARKAN
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPEJABAT KEDA ZON 4, SIK ANJUR KURSUS PENDIGITALAN UNTUK WARGA DESA KEDA DAERAH SIK
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DESA-DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaPROGRAM SUKAN DAN KECERDASAN UNTUK ANAK-ANAK LUAR BANDAR NEGERI KEDAH BERLANGSUNG MERIAH
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaLAWATAN PEMANTAUAN PENGURUS BESAR KEDA KE PROJEK KOLAM IKAN NAKA
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaMAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKUIZ INTERGRITI KEDA SIRI 3
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKEDA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaTIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MELAWAT LORI PAMERAN KEDA
/in Arkib 2024 /by Upload@kedaKETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MELAWAT LORI PAMERAN KEDA
/in Arkib 2024 /by Upload@keda